Saturday, August 9, 2008

Suluhkan Sinar

SULUHKAN SINAR
KRU Publishing Sdn Bhd
Lirik dan Video klip diambil dari KRU Berhad
Nyanyian Artis Bersatu

Bayangkan hanya berbumbung langit
Berdinding sekadar angin
Kerana syurga mereka telah dimamah bencana
Satu harta yang tinggal hanya nyawa

Bayangkan semua insan tercinta
Dirampas sekelip mata hilang entah ke mana
Nisan pun tiada tempatnya
Warisan keluarga hanya pada nama

Oh Tuhan... beri ketabahan hati mereka
Menempuhi dugaan yang melanda
Kita sesama manusia turut mendoakan
Agar Kau suluhkan sinar dan harapan

video

Ketika kita bersyukur dilindung
Ada mereka diselubung pilu
Mengharungi hidup bergantung pada simpati
'Masa depan' hanya sejauh esok hari

Oh Tuhan... beri ketabahan hati mereka
Menempuhi dugaan yang melanda
Kita sesama manusia turut mendoakan
Agar Kau suluhkan sinar dan harapan


Oh Tuhan... beri ketabahan hati mereka
Menempuhi dugaan yang melanda
Kita sesama manusia turut mendoakan
Agar Kau suluhkan sinar dan harapan

No comments: