Saturday, January 24, 2009

Kembara Ilmu di Bandar Aceh

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Januari 2009 melaporkan jurnal alumni CENSERVE yang mengembara ke Banda Aceh dalam misi meningkatkan survival pendidikan.

Sumber: Utusan Malaysia

KETIKA kaki turun dari penerbangan Air Asia AK921 di Banda Aceh, pelawat disambut dengan bas menuju ke Terminal Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda dan penulis bersama pelawat yang lain turun menuju ke ruang imigresen bagi daftar masuk. Pengalaman yang berbeza ini terasa bangga di dalam hati dan sedikit terkejut kerana laluan trafik ke lapangan terbang sudah diubah dari lapangan terbang lama yang digunakan saban tahun.

Kunjungan penulis kali kelima ini memberi paradigma yang berlainan apabila melihat mercu tanda baru bangunan Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda menggantikan yang lama. Penulis diberitahu bangunan utama baru siap beberapa bulan dan mata penulis liar memandang pelbagai prasarana yang sedang giat dibangunkan.

Kunjungan penulis pada tahun 2005 mengimbas kenangan kerana pada masa darurat tsunami itu kaunseling, biaya, pembangunan dan dukungan yang kuat diperlukan segera. Dayah Daruzzahidin hanya mempunyai beberapa ruang belajar yang terhad bagi menampung bilangan mangsa tsunami yang ramai. Pengalaman melihat anak-anak tidur di khemah, kini sudah diganti dengan tidur di tilam dan di dalam bangunan yang cukup kondusif dan selamat.

"Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan pelbagai pihak yang berterusan membantu kami terutama daripada Tun Daim Zainuddin atas bantuan bangunan asrama, sekolah dan kantin juga bantuan pendidikan dan kaunseling daripada pelajar Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM)," ujar Abd. Razak yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti al-Azhar, Mesir.

Lanjut klik ini, saya nak baca lagi.

1 comment:

wady awagy said...

sapa nak meriahkan blog cencerve sekarang... tanpa input takder komen dan cadangan ..